Foto : Aqilah Rohizad dan Google
Keletihan Melampau
Sesiapa yang letih melampau sebenarnya mengalami kekurangan zat besi yang penting untuk penghasilan sel darah merah. Bila sel darah merah tak cukup, oksigen tak dapat dibawa ke seluruh badan menyebabkan kita akan selalu rasa cepat letih. Cuba check balik, adakah anda susah nak bangun pagi? Pastu sampai office, pukul 10 macam tu dah mula rasa mengantuk? Kalau ya, mungkin anda alami simptom keletihan melampau.

Rambut Mudah Putus
Rambut akan sangat sihat bila kita cukup protein. Kalau kurang nutrisi, rambut akan mudah patah, kering dan jarang. Kalau rambut selalu gugur dalam kuantiti yang banyak, itu adalah tanda kurang protein, zat besi dan lemak baik.

Kuku Bergerigi dan ada Bunga Kuku
Kuku yang sihat akan berkilat dan tiada bunga kuku. Ala, yang putih-putih macam bentuk bulan separuh tu. Bila kuku rapuh dan ada bunga kuku, maksudnya kita kurang protein dan zat besi dan mungkin juga ada anemia.

Mulut Kering
Mulut kering di bahagian tepi mulut dan pecah-pecah juga merupakan tanda kekurangan Vjtamin B12 dan zat besi.

Cirit birit
Kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita dapat cirit birit sebab ketidakmampuan usus untuk serap nutrisi dari makanan ke dalam badan. Tanda-tanda usus tak sihat adalah perut kembung, berangin, kejang atau cramp kat perut, najis terlalu keras dan berat badan menyusut.

Hilang selera makan
Selalu terjadi pada mereka yang berumur sebab lidah makin tua akam makin hilang kepekaan terhadap rasa makanan. Kurang makan, kuranglah nutrisi.

Kulit kusam tak bermaya
Kulit kering adalah tanda kita kurang lemak baik macam Omega 3 dan 6. Kulit yang mudah dijangkiti dan kurang anjal pulak kurang vitamin C.
Sekarang, cuba anda check, adakah anda alami tanda-tanda kekurangan nutrisi ini tanpa anda sedari? Jika ya, saya sangat-sangat sarankan anda untuk amalkan Set Optimum Health ini.
SET OPTIMUM HEALTH

Jom kita kenal trio mantap dalam Set Optimum Health atau nama lainnya Set Kesihatan Asas Shaklee.
VITA-LEA IRON FORMULA
Merupakan vitamin pertama yang dicipta di dunia pada tahun 1915 oleh pengasas Shaklee sendiri iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Pengambilan Vita-Lea secara harian dapat menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh badan, menguatkan tulang dan sistem imun, serta melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas. Selain daripada itu juga, Vita-Lea turut membantu memelihara jantung, minda dan mata.
Vita-Lea dilengkapi dengan teknologi “salutan mikro asid folik berpaten” yang membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B. Bukan itu saja, lebih daripada 340 ujian kualiti dijalankan untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.
SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
Sebotol Sustained Release Vita-C Plus mengandungi 180 tablet yang menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh dalam tempoh 5 jam. Seolah-olah seperti kita makan 1.5 biji oren dalam masa satu jam.
Kenapa perlu makan Vitamin C? Kerana Vitamin C adalah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan sistem imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh.
Lengkap dengan BIOFLAVONOID daripada lemon, buah oren dan limau gedang (grapefruit) yang membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih baik.
B COMPLEX
Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B amat penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada sintesis DNA sehinggalah kepada penghasilan tenaga.
B Complex daripada Shaklee mampu membekalkan 8 vitamin B yang lengkap dalam kuantiti seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh.
Bezanya Shaklee B Complex dengan jenama lain? Teknologi “Sistem Penyerapan BioAktif Berpaten”berupaya untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang kepada bayi yang baru lahir.
Berminat nak dapatkan SET OPTIMUM HEALTH ni? Hubungi saya segera untuk konsultasi eksklusif di:
WHATSAPP : 017-264 4198
Facebook : Aqilah Rohizad
FB Page : In Love With Your Health
Ingin beli secara online melalui Portal E-Sell? Klik gambar di bawah.

No comments:
Post a Comment