Teks: Aqilah Rohizad
Foto : Aqilah Rohizad
Bismillah.
Semalam saya tak tahu nak masak apa lepas balik dari kerja. Peti ais masih banyak stok lauk memandangkan Sabtu lepas baru saja ikut Encik Zauji pergi ke pasar. Kami memang selalu ke Pasar Borong Selangor beli lauk untuk stok dua minggu. Beli ayam, ikan, seafood, sayur-sayuran, bawang, telur dan macam-macam lagi lah. Tak lupa, kupang pun turut dibeli. Satu beg RM10, boleh bahagi dua rumah. 
Anyways, disebabkan beli dari hari Sabtu, semalam dah hari Rabu. Dah agak lama kupang tu disimpan. Jadinya, memang semalam decide untuk masak selepas beberapa hari tertangguh.
Resepinya saya ambil dari blog Ita Masam Manis
Bila nak memasak, saya memang suka cedok idea resepi dari Puan Ita ni, blog Azie Kitchen, dan blog Dapur Tanpa Sempadan. Rata-rata memang puas hati dengan resepi-resepi dari mereka bertiga ni.
Okay, jom tengok resepi dulu. Ada bahan yang saya tak letak sebab malas nak beli. Guna apa yang ada kat rumah je. Sukatan bahan-bahan pun saya ubah sesuaikan untuk 2 orang makan.
KUPANG BERCILI
1 kg kupang – direndam, cuci, buang pasir2 dan teritip2 kat cengkerang dia dan toskan
1/2 tin nenas kiub dlm tin
1 pokok daun ketumbar – dihiris
1 batang cili merah – dihiris
1 kiub ikan bilis
1 biji tomato dibelah 4
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 3 sudu besar)
1/2 tin nenas kiub dlm tin
1 pokok daun ketumbar – dihiris
1 batang cili merah – dihiris
1 kiub ikan bilis
1 biji tomato dibelah 4
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 3 sudu besar)
Bahan Tumisan
3 labu bawang besar – dikisar (pilih yg sedang2 aje..)
3 ulas bawang putih – dikisar
15 tangkai cili kering – direndam hingga lembut kemudian dikisar
1 inc belacan – agak besar duit 20 sen
kesemua bahan diatas dikisar halus
3 labu bawang besar – dikisar (pilih yg sedang2 aje..)
3 ulas bawang putih – dikisar
15 tangkai cili kering – direndam hingga lembut kemudian dikisar
1 inc belacan – agak besar duit 20 sen
kesemua bahan diatas dikisar halus
Cara Memasak
Tumis bahan yg dikisar hingga harum dan garing. Masukkan Air asam jawa dan masak lagi. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Masak lagi hingga kuah sedikit kering. Kemudian masukkan tomato buah dan nenas. Masak lagi hingga mereneh. Kemudian masukkan kupang tutup periuk sebentar hingga kupang masak. Buka tutup dan biarkan kuah kering dan pekat. Akhir sekali tutup api dan taburkan daun ketumbar dan cili gaul rata.
TADAAAAA!!!!!!!!

Menggoda tak? Makan dengan nasi putih panas dan tomyam campur.
Selamat mencuba.
Ingin dapatkan produk-produk Shaklee dengan konsultasi lengkap?
Hubungi saya di:
WHATSAPP : 017-2644198
FACEBOOK : Aqilah Rohizad
FB PAGE : In Love With Your Heart
No comments:
Post a Comment